Monday, March 23, 2009

Soalan 1 Kerja Kursus Sejarah

. Monday, March 23, 2009

Tugasan 1

Anda ditugaskan untuk membuat kajian tentang satu bangunan bersejarah di negara kita.
a) Dokumentasikan fakta sejarah yang dikumpul daripada pelbagai jenis sumber.
b) Tulis laporan kajian anda berdasarkan aspek di bawah.


Aspek-Aspek Yang Perlu Ada:

Tajuk Kajian
Bangunan bersejarah yang dipilih oleh calon.

Senarai Kandungan
Senarai aspek kajian serta halaman.

Penghargaan
Penghargaan kepada individu serta institusi yang telah membantu dalam pelaksanaan kerja kursus.

Objektif Kajian
Objektif menjalankan kajian.

Kaedah Kajian
Kaedah kajian yang digunakan.

Hasil Kajian
  1. Nama bangunan (nama lain sekiranya ada)
  2. Latar belakang - asal-usul, pengasas (sekiranya ada), tarikh pembinaan, lokasi, tujuan penubuhan bangunan, kos pembinaan (sekiranya ada) & perasmian (sekiranya ada)
  3. Keistimewaan bangunan - reka bentuk pelan, bahan binaan, pengubahsuaian (sekiranya ada), hiasan dalaman, kegunaan dahulu dan sekarang & cara pembinaan
Rumusan
Unsur patriotisme tentang tajuk yang dikaji. Iktibar kepada diri, bangsa dan negara.

Lampiran
Gambar, peta, dokumen dan lain-lain. Tulis kapsyen di bawah gambar, peta, dokumen dan lain-lain.

Rujukan
Rujukan ditulis dengan format yang betul.

Klik Untuk Cetak

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 
Thanks To Blogger.com